kau
mengajar aku berdikari
walaupun kadang-kadang aku masih lagi bergantung pada kau
kau
mengajar aku sayang
walaupun kadang-kadang aku menyampah dengan kau
kau
mengajar aku cemburu
walaupun kadang-kadang kau melampau tapi memang tidak patut
kau
mengajar aku ilmu
walaupun kadang-kadang kau pun ke laut
kau
mengajar aku setia
walaupun kadang-kadang kau mencemari kesetiaanku
kau
mengajar aku teguh
walaupun kadang-kadang kau sendiri yang macam lalang
kau
mengajar aku erti disebalik kata
walaupun kadang-kadang aku pura-pura tidak faham
kau
ya memang kau
note: aku mahu berhenti!!!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment