Monday, May 23, 2011

Thursday, May 19, 2011

SEMALAM SUDAH MENJADI HARI INI

Semalam sudah menjadi hari ini
Hangat kemudian dingin

Semalam sudah menjadi hari ini
Ceria kemudian kelam

Semalam sudah menjadi hari ini
Manja kemudian amarah

Semalam sudah menjadi hari ini
Sayang kemudian rindu

Semalam sudah menjadi hari ini
Alpa kemudian sedar

Semalam sudah menjadi hari ini
Pasti kemudian ragu

Semalam sudah menjadi hari ini
Riang kemudian penat

Ya Allah,
Aku memohon ampun di atas kesalahanku,kealpaanku,
Terasa berat di fikiran bila harus memilih,
Aku tahu Kau ada untuk mendengar luahanku,
Maafkan aku,
Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui dan Maha Pengampun...





Semalam sudah menjadi hari ini...
Published with Blogger-droid v1.6.8

sweet kan?



comelnye...
terbangun terjaga
melangut terdiam sepi
memikir arah
arah mana?

bermain dengan rasa
berjuta rasa
berhimpun menjadi satu
tapi mengapa masih kosong?

kosong tanpa meninggalkan bukti
tidak nampak pada mata kasar
tapi kesannya tetap ada
adakah hingga ke pelusuknya?

bait-baitnya menujuku
perit ditelan
tapi aku yang salah
adakah ini?

senyap...

Wednesday, May 18, 2011

tiada tajuk

Jari menari laju
Memenuhkan apa yg kosong
Sedikit sehingga penuh
Di baja, belai...ah manjanya

Lantas subur tanamannya
Hasil kasih sayang di taman ciptaan
Berinteraksi dua hala
Tidak pernah gagal...ah indahnya

Ada ketika tanamannya diuji
Dicuit dan digegar berkali
Apakah mampu tanamanya bertahan
Di uji luar dan dalam...ah sabarnya

Sejauh mana mampu bertahan
Aku juga tidak pasti
Aku sendiri juga baru belajar
Belajar mengerti...ah aku faham

Mengeluh bukan penyelesaian
Aku mengerti itu
Apakah aku yang ego
Atau dia yang tidak mahu tunduk....ah kuasa

Memandang ke langit
Tidak mahu tunduk ke bumi
Hinanya bumi
Pada pandangannya...ah tetap aku yang salah

Rasa hormat dan percaya
Andai boleh dibeli
Sudah kerap barangkali aku beli
Boleh dapat diskaun mungkin...ah bercanda

Tiada penghujung atau penamat
Atau memang sudah ada penamatnya
Sedih atau kecewa
Keliru barangkali...ah penatnya berlari

Cinta atau nafsu
Butakah aku
Bertaubatlah, istikharah
InsyaAllah
Published with Blogger-droid v1.6.8