Wednesday, May 18, 2011

tiada tajuk

Jari menari laju
Memenuhkan apa yg kosong
Sedikit sehingga penuh
Di baja, belai...ah manjanya

Lantas subur tanamannya
Hasil kasih sayang di taman ciptaan
Berinteraksi dua hala
Tidak pernah gagal...ah indahnya

Ada ketika tanamannya diuji
Dicuit dan digegar berkali
Apakah mampu tanamanya bertahan
Di uji luar dan dalam...ah sabarnya

Sejauh mana mampu bertahan
Aku juga tidak pasti
Aku sendiri juga baru belajar
Belajar mengerti...ah aku faham

Mengeluh bukan penyelesaian
Aku mengerti itu
Apakah aku yang ego
Atau dia yang tidak mahu tunduk....ah kuasa

Memandang ke langit
Tidak mahu tunduk ke bumi
Hinanya bumi
Pada pandangannya...ah tetap aku yang salah

Rasa hormat dan percaya
Andai boleh dibeli
Sudah kerap barangkali aku beli
Boleh dapat diskaun mungkin...ah bercanda

Tiada penghujung atau penamat
Atau memang sudah ada penamatnya
Sedih atau kecewa
Keliru barangkali...ah penatnya berlari

Cinta atau nafsu
Butakah aku
Bertaubatlah, istikharah
InsyaAllah
Published with Blogger-droid v1.6.8

No comments: